Wednesday, 30 May 2012

Bakal IMAM ku ?





siapa bakal imam ku ? siapa yang bakal memimpin ku ke jalan yang benar ? siapa yang bakal mendidik aku dalam ilmu keagamaan ? dan siapa yang akan membantu aku untuk memasuki syurga MU ? semua itu RAHSIA ALLAH SWT... hanya DIA yang mengetahui siapa JODOH aku... 
yang pastinya biarlah BAKAL IMAM KU itu merupakan insan yang berakhlak mulia dan dari keturunan yang di pandang mulia oleh MU dan cukup ILMU pengetahuan yang benar agar aku tidak sesat di kemudian hari...


aku mohon agar aku tidak sesat dan tidak terjerumus dalam dosa kecil yang boleh membawa ke dosa yang besar... jika kau ialah jodoh aku teruslah bawa ku ke jalan yang di redhai ALLAH... jauhkan lah aku dari melakukan perkara yang boleh merendahkan iman ku...






wahai bakal imam ku... 
dengarlah bisikan hati ku ini dan perkenankan lah permintaan aku ini... bukan emas permata yang aku mahukan... moga kau dapat perkenankan permintaan dan doa ku ini... 


wahai bakal imam ku...
jika benar dalam mimpi itu bakal menjadi kenyataan, biarlah ia menjadi kenyataan aku dan diri mu di dalam keadaan yg HALAL... biarlah sentuhan mu itu menjadi sentuhan yang HALAL pada diri ku ini... dan jika benar kau lah bakal imam ku.... biarlah kau menjadi imam ku yg boleh mendekatkan aku dan membawa aku kepada CINTA yg SATU... CINTA yang kekal ABADI... iaitu CINTA KEPADA ALLAH SWT... jika kau ialah imam ku, aku mohon agar kau membawa aku lebih mengenali dan mendalami CINTA ALLAH itu terlebih dahulu... baru lah akan ku dahului mu dan kemudian nya kedua-dua orang tua ku...


wahai bakal imam ku...
jangan kau mengajar aku untuk berbohong kepada kedua ibu bapa ku... jika aku melakukan kesilapan terhadap ibu bapa ku... segerakan lah dengan menegur ku... agar aku tidak terus menyakiti hati orang tua ku... jangan kau membawa aku keluar tanpa hala tuju yg tidak pasti dan tanpa pengetahuan ibu bapa ku... kerana mereka tetap ibu bapa ku yg membesarkan aku dari kecil... oleh itu mereka berhak untuk mengetahui kemana saja aku pergi dan dengan siapa...jangan pernah cemburu jika aku melebihkan mak dan abah ku... kerana anak perempuan lebih rapat dengan keluarga... wahai bakal imam ku, moga kau dapat terima keluarga ku seadanya dan kau dapat menghormati mereka dan memberi kasih sayang yang sama seperti kau mengasihi keluarga mu...


wahai bakal imam ku....
ketahuilah dan dalami lah diri aku agar kelak kau tidak menyesal memiliki aku...apabila aku sudah menjadi milik mu yg HALAL melalui akad nikah yg SAH,maka terimalah baik buruk tentang diri ku.. wahai imam ku...jangan biarkan aku keseorangan tatkala kau melihat air mata ku mengalir, kerana di saat itu selain ibu ku... hanya kau yg berada di samping ku... dan di kala itu lah hati ku berharap agar kau lah pengganti ibu ku untuk menyeka air mata ku... wahai imam ku... jangan kau menjauhkan diri mu tatkala aku bermasam muka atau bertengkar dengan mu, kerana di kala ini hanya kau yang aku ingin kan untuk mententeram kan hati ku serta mendamaikan diri ku ini... wahai imam ku ketahuilah bahawa aku seorang wanita yg inginkan kasih sayang, perhatian dan belaian serta pujukan dari mu... 


wahai bakal imam ku !!
moga kau dapat perkenankan permintaan dan doa ku ini... moga-moga kau lah yang menjadi suami, imam dan pemimpin ku yang pertama dan terakhir di dunia hingga ke akhirat...