Assalamualaikum....
Nak tahu siapa Hani tue ? Hani tue merupakan anak buah aku yang paling aku rapat n sayang...dia baru setahun 8 bulan... bulan 10 nie genap dia 2 tahun... dia merupakan anak dari kakak kandung aku sendiri... bukan kakak ipar aku...
17 June 2013, 12 tengahari....
Menjadi rutin harian ku selepas habis latihan industri, iaitu menemani anak buah ku sebelum di hantar ke rumah jiran untuk di jaga... selalunya aku akan hantar selepas pukul 8.45 am, sebab jiran aku ada anak kecil yang perlu di hantar ke sekolah tadika setiap hari persekolahan... jadi dah menjadi tanggungjawab aku untuk teman Hani... kadang2 aku xhantar pun, sebab aku nak main dengan Hani... Selalunya mak aku selepas solat subuh, mak aku akan kejut aku bangun untuk tengok2 kan Hani dalam buai selepas kakak aku(mama Hani) pergi kerja... Kemudian mak aku akan jalankan tugasnya di gerai dengan memasak... Entah macam mana, lepas mak aku kejut aku, mak aku letakkan Hani atas katil sebelah tempat aku tidur... aku dengan mamainya, nampak lah juga mak aku bagi Hani minum susu, then mak aku pergi ke gerai tinggalkan aku dengan Hani... tanpa aku sedar aku dah pun tertidur semula... dan Hani ?? heheheh betapa terkejutnya aku bila aku bangun pada pukul 9.30am... Hani masih ade sebelah aku tengah tidur dengan lena... dan time aku bangun tue selang 10 minit Hani pula bangun ! 1 tabiat dia aku suka lepas bangun tidur xde menangis, dia terus lemparkan senyuman dia yang sangat manis !! sejuk hati bila melihatnya !! kemudian aku nak bagi susu dah xboleh, cuz gas xde kat umah... nak masak air xde... so aku main dengan dia kejap... then mandi kan dia...
11.30am...
Dah waktu macam nie, memang aku xkan hantar Hani ke rumah jiran aku... sebab lagi setengah jam iaitu pukul 12tghri jiran aku akan tinggalkan Hani pada aku semula, sebab jiran aku nak amek anak dia dari tadika... lepas aku mandikan hani, aku bawa dia makan n main kat gerai, tue yg xperasan jam dah pukul 11.30am... waktu nie aku terus bawa dia naik rumah semula, sbb ramai orang kat gerai... kemudian aku rasa lain macam pada dia, sebab dia hanya lentokkan kepala dia pada bahu aku sampai lah ke rumah, dan peluk tengkuk aku dengan erat... sampai kat rumah, dia tengok kartun dia, main bola dengan abg aku kejap, kemudian agaknye dia penat, dia baring kat peha aku... kemudian dia kata "gatal"(sambil tangan dia kat belakang)... aku pun garu lah dia... dalam aku garu2 tue... badan dia terasa panas, mmg badan dia lebih kurang kakak aku yg jenis darah panas... tapi panas dia semacam... terus aku pegang tengkuk dia... terus aku xsedap hati, sebab tgk badan dia pun mcm xbermaya...
12tghri...
jujur aku katakan ini 1st time aku jaga budak kecil demam... so aku agak xdapat kawal perasaan sedih, n risau... risau kalau ape2 jadi pada Hani... apa yang aku terfikir ialah, aku ambil kain kecil, kemudian basah kan dan lap pada badan Hani... aku lap2... then aku tidurkan dia... aku dukung dulu... kemudian dia dah lena baru aku letakkan dia dalam buai... tapi aku still risaukan dia... panas dye xkebah !!
aku keluarkan dia dari buai kemudian letakkan dia atas katil ! time aku dukung dia, panas badan dia macam air panas baru lepas mendidih tue... terus aku selimutkan dia, dan sapukan kain basah pada kepala dia... saat ini memang aku xboleh tahan air mata aku... air mata aku dah mengalir... aku cuba telefon kakak aku tapi xdapat engage ! terus aku tawakal pada Allah moga Hani xde ape2... sambil aku sapukan kain basah pada badan dia yang aku dah buka baju dia, aku bisikkan sebelah telinga kanan Hani... "Hani kuatkan?" Ya Allah saat ini air mata aku laju mengalir... hanya tuhan yang tahu betapa sayunya hati aku melihat dia lemah... saat itu aku dapat rasakan bagaimana naluri dan perasaan seorang ibu tatkala anaknya sakit... aku rasa biarlah aku yang sakit, janganlah Hani sakit... yang membuat aku mengalir dan sayu ialah selepas aku tuturkan ayat tue pada telinga Hani, Hani terus buka mata dia sedikit dan senyum pada aku sehingga menampakkan sebaris gigi hadapan dia, dan dia menuturkan ayat "Kuat"... sambil dia memejamkan mata dia semula, dia masih lagi menuturkan ayat "Kuat" itu... sehingga dia lena semula tidur... saat ini aku terus berada di sisi dia, dan menatap wajah dia...
2.00 pm
Hani bangun dari tidur, dia mula senyum, walaupun nampak lemah... dia langsung xnak berenggang dari aku... aku bagi dia pada mak dan abah aku yang naik ke rumah untuk solat zohor... langsung Hani xnak... saat ini hati aku berkata, "Ya Allah kenapa saat ini ? kenapa saat aku nak berpisah, hati aku berat !" aku umpan dia macam2... roti, biskut oreo, aiskrim... semua xnak... aku umpan dia gula2... dye cakap nak... aku bagi... terus dia senyum... sampai 3 biji gula2 lah dia makan...
aku bawa dia turun ke gerai... memandangkan perut aku minta di isi... dan sambil tue nak bagi Hani berpeluh... tapi aku tetap xdapat makan... Hani masih lagi nak dengan aku... terus mencari aku n panggil nama aku "aya".... kemudian aku bawa dia ke dalam kereta abah, dan pasangkan air cond, terus dia tidur mungkin dia masih lemah... beralaskan dada aku Hani tidur... sehinggalah mama n ayah dia balik... baru aku bangunkan dia, dan terus segar dia, dengan memakan pau kaya !
Alhamdulillah lega hati aku bila tengok dia nak makan...
1st experience aku menjaga budak demam... aku sedih seperti Hani tue anak aku !!
mana aku xsayang ! hampir 9 bulan aku bersama dia... waktu dia kecil baby dulu pun aku yang jaga dia... insyaAllah moga Hani tidak akan melupakan mak sedara dia, dan moga kasih sayang kami kekal hingga ke Jannah ! Amin...